Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Canselor Jerman, Angela Merkel mengakui bahawa perjanjian perdagangan bebas baharu di antara Kesatuan Eropah dan A.S tidak mungkin akan dapat diteruskan berikutan kemenangan Donald Trump yang menentang perjanjian tersebut.
Presiden A.S yang baru dipilih menentang perjanjian tersebut sepanjang kempen pilihan raya beliau dan berjanji untuk melupuskannya sejurus selepas memasuki Rumah Putih. Menurut Trump, perjanjian perdagangan antarabangsa tersebut mengambil pekerjaan daripada rakyat Amerika dan melemahkan daya kompetitif negara itu.
EU dan A.S telah memulakan dialog berkenaan Perjanjian Perdagangan dan Pelaburan Transatlantik (TTIP) sejak 3 tahun lepas. Perjanjian tersebut akan mencipta sebuah pasar perdagangan bebas yang merangkumi 850 juta konsumer.
TTIP telah menghadapi protes besar-besaran di Eropah dengan para pembangkang menuduh bahawa perjanjian itu akan menurunkan piawaian blok tersebut di dalam sektor perkhidmatan penjagaan kesihatan, pasaran buruh, kebajikan dan alam sekitar.
19 November 2016 - 17:40
News ID: 792987
Canselor Jerman, Angela Merkel mengakui bahawa perjanjian perdagangan bebas yang baharu di antara Kesatuan Eropah dan A.S tidak mungkin akan diteruskan berikutan kemenangan Donald Trump yang menentang perjanjian tersebut.